Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 25, 2013

No Comment


KUALA LUMPUR – Hospital Selayang sedang mengesan ahli keluarga seorang pesakit lelaki yang kini berada di wad hospital tersebut.

Pengarah Hospital Selayang, Dr. Siti Zaleha Mohd. Salleh berkata, lelaki itu ditemui dalam keadaan tidak sedar diri oleh orang ramai pada 3 September lalu.

“Dia yang berusia lingkungan 40-an ditemui tanpa memiliki pengenalan diri di deretan kedai berhampiran Balai Polis Batu Caves dan dihantar ke Hospital Selayang pada pukul 11.18 pagi,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Siti Zaleha berkata, orang ramai yang mengenali pesakit tersebut diminta menghubungi Ketua Jururawat atau Penyelia Hospital di talian 03-6126 3333.

0 comments:

Post a Comment