Pelakon Sherry Ibrahim mendedahkan dia dan kekasihnya ada berbincang mengenai hal perkahwinan namun ianya tidak akan diadakan dalam jangka masa terdekat ini.
Menerusi Harian Metro, Sherry menyatakan, “kami ada berbincang pasal kahwin, tapi dia belum lagi bercadang untuk melamar saya dalam tempoh terdekat ini. Saya pula tidak mahu memberi tekanan kepadanya kerana lelaki memang tidak suka bila mereka didesak dalam soal kahwin”.
Hubungannya bersama teman lelaki yang berasal dari Mauritius itu mula terjalin ketika dia berkhidmat sebagai pramugari sebuah syarikat penerbangan di Timur Tengah.
Sherry, 30, juga menyatakan dirinya kini sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang dikenalinya sejak setahun lalu itu.
Malah kedua ibu bapanya pun sudah mengetahui mengenai hubungan mereka dan sama sekali tidak menghalang dengan siapa dia ingin berkawan.
Sherry yang popular menerusi drama bersiri Teduhan Kasih, sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Ashraf Muslim yang kini sudah pun bergelar suami kepada Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment