Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 28, 2013

No Comment

BUKAN mudah menjadi popular dalam usia yang muda. Itulah yang dialami oleh dua beradik terkenal, Kendall, 17, dan Kylie Jenner, 16 apabila kedua-dua ibu-bapanya bertelagah mengenai persekolahan mereka.

Popular kerana rancangan televisyen realiti Kardashian dan dunia peragaan, ibu mereka, Kris Jenner mencadangkan kedua-dua anak gadisnya itu berhenti dari sekolah dan meneruskan pembelajaran di rumah.

Baginya, cara itu memudahkan mereka untuk mengambil sebanyak mungkin peluang untuk melebarkan sayap dalam bidang hiburan dan peragaan sekaligus menambahkan pendapatan yang ada.

Namun, hasrat itu ditentang oleh suaminya, Bruce Jenner yang mahu kedua-duanya menjalani kehidupan remaja biasa dan meneruskan pelajaran mereka hingga ke peringkat kolej.

Sumber keluarga itu memberitahu, Kendall dan Kylie merupakan pelajar yang bijak, namun kini mereka terpaksa bergelut dengan pelbagai komitmen penggambaran yang sangat banyak.

Kedua-dua remaja itu sememangnya mempunyai pendapatan yang cukup mewah dalam usia yang sangat muda dan terbaru, mereka baru sahaja menerima bayaran sebanyak RM322,750 seorang untuk sebuah iklan pengilat kuku.

Bagi penulis, segala-galanya bergantung kepada kebijaksanaan Kendall dan Kylie untuk membuat keputusan.

Bukan selama-lamanya mereka akan popular dan mengecapi kemewahan jika tidak mempunyai ilmu untuk bekalan di masa hadapan.

Sangat rugi juga jika mereka tidak menjalani kehidupan seperti orang lain. Fasa remaja hanya datang sekali saja ya!


Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment