Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 28, 2013

No Comment

MELBOURNE – Tune Hotels melantik Nathan Copsey sebagai pengurus besar hotelnya yang terbaharu, Tune Hotel Melbourne di Swanston Street, Carlton, yang bakal dibuka pada 1 Nov ini.

Menurut Tune Hotels dalam satu kenyataan di sini, Copsey akan bertanggunjawab terhadap operasi dan 20 kakitangan hotel berkenaan.

Copsey mempunyai pengalaman bekerja di hotel-hotel di Australia dan UK, termasuk Melbourne Parkview Hotel, Bayview on the Park Melbourne dan The Chamberlain Hotel di London, demikian menurut kenyataan itu.

Tune Hotels menjadi perintis kepada konsep “bayar bila guna” yang popular dalam kalangan pengembara di seluruh dunia.

Copsey berkata mengikut konsep berkenaan, tetamu hotel hanya perlu membayar kadar bilik dengan pilihan tambahan terhadap kemudahan seperti tuala dan kelengkapan dandanan diri serta perkhidmatan TV satelit.

“Konsep ini merupakan suatu yang diinginkan di Australia pada masa ini.

“Ia popular di UK dan Asia dan saya percaya konsep ini akan berjaya di  Australia.

“Bilik-bilik hotel di tengah Melbourne jarang sekali pada kos kurang daripada A$150 tetapi tetamu yang menempah terlebih awal dengan Tune Hotel Melbourne akan berpeluang mendapatkan bilik pada A$70 atau A$80,” katanya.

Hotel dengan 225 bilik itu terletak bersebelahan dengan University of Melbourne, tidak jauh dari jalan popular, Lygon Street dan beberapa minit perjalanan ke Central Business District Melbourne.

Tune Hotels mempunyai 11 hotel di Malaysia, lima di UK, masing-masing satu di India dan Jepun, lima masing-masing di Indonesia dan Filipina serta empat di Thailand. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment