Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 26, 2013

No Comment

BAYANGKAN apa yang akan anda lakukan sekiranya anak anda membatalkan perkahwinan 40 hari sebelum majlis berlangsung sedangkan segala tempahan sudah dilakukan?

Mungkin anda akan mengambil jalan mudah dengan membatalkan kesemuanya dan membiarkan wang deposit ‘hangus’ begitu sahaja.

Namun, di Atlanta, sepasang suami isteri, Willee dan Carol Fowler bertindak bijak apabila berhadapan dengan situasi itu.

Mereka tetap meneruskan majlis yang sepatutnya diraikan oleh anak perempuan mereka, Tamara, namun tetamu yang dijemput kali ini terdiri daripada 200 orang miskin dan gelandangan.

“Ia merupakan cadangan dari suami saya. Dia bangun dari tidur dan berkata, kita akan hubungi Hosea Feed the Hungry dan bertanya adakah kita boleh menderma kepada mereka yang memerlukan?” ujar Carol.

Hosea Feed the Hungry merupakan salah satu badan kebajikan yang bertindak menyalurkan bantuan kepada golongan miskin di Atlanta.

Jamuan yang mewah itu nyata menggembirakan mereka khususnya di kalangan kanak-kanak yang tidak pernah merasai suasana sebegitu.

Biarpun keluarga Fowler tidak menjelaskan sebab perkahwinan itu dibatalkan, mereka menyatakan anak perempuan mereka berasa sangat gembira.

Mereka turut menggelarkan jamuan itu sebagai, “Sambutan Kasih Sayang Keluarga Fowler”





0 comments:

Post a Comment