Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 25, 2013

No Comment

SHAH ALAM – Umno perlu membuka ruang seluas-luasnya kepada golongan muda, kata Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

“Memang selalu disebut-sebut untuk meremajakan parti, tapi bila kita faham istilah itu yang saya boleh gambarkan ialah bagaimana untuk kita menarik orang muda menyertai parti.

“Kerana akhirnya orang akan melihat siapa yang akan menganggotai parti ini, siapa yang menjadi pemimpinnya. Tapi jika dilihat bukan seperti orang yang mahu didekatinya (parti), maka akhirnya sokongannya kita tidak akan dapat,” katanya menjawab soalan peserta dialog yang bertanya mengenai proses meremajakan Umno.

Beliau berkata, bagi melalui proses meremajakan Umno itu, parti tersebut tidak boleh memandang ringan prinsip sebenar memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

“Jadi peranan kita sebagai parti politik ke arah pemikiran orang muda, iaitu yang pertama kita mahu tarik orang yang sehati sejiwa perjuangan dengan kita.

“Dalam parti politik mesti ada indoktrinasi, kalau tidak, apa gunanya kita tarik orang masuk, silap-silap parti kita yang memegang syiar Islam memartabatkan orang Melayu, kemudian memajukan tanah air kita ini akan jauh terpesong daripada landasan dengan kemasukan orang-orang baru,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang memandang serius perkara tersebut menyarankan parti itu supaya memberi perhatian isu meremajakan Umno.

“Apa yang kita nak meremajakan parti adalah sangat penting untuk kita beri perhatian dalam hal ini.

“Tapi kalau kita cakap dengan orang muda sekarang ini, ada pemikirannya agak liberal, ada yang agak konservatif, ada tahap pendidikan tinggi, ada yang sederhana tinggi,” katanya. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment