Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 25, 2013

No Comment


MILAN – Pereka fesyen yang berasal dari China, Uma Wang membuat penampilan pertama menerusi pertunjukan fesyen berunsurkan alam semula jadi dan kerohanian di sini semalam.

Wang dilihat sebagai pereka generasi muda China yang semakin meningkat naik.

“Pembeli dan kilang berada di Milan. Jadi tiada alasan untuk berada di tempat lain,” katanya pada AFP.

Beliau menunjukkan hasil koleksinya di Dewan Caryatids Royal Palace di Milan yang sebahagiannya musnah akibat dibom ketika Perang Dunia Kedua.

Koleksinya dimonopoli oleh warna putih, hitam, beige dan hijau.

Wang menuntut di Universiti Tekstil, China dan Central St. Martin, London. Beliau juga telah bekerja selama 10 tahun sebelum menubuhkan jenama sendiri pada tahun 2005.

Biarpun sesetengah jenama Itali mengalihkan produksi dan perhatian kepada pasaran negara membangun, pereka dan jenama dari China mula menghasilkan koleksi mereka di Itali. – AFP

0 comments:

Post a Comment