Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 8, 2013

No Comment

KOTA BHARU  – Langkah kerajaan mengurangkan subsidi harga minyak petrol dan diesel adalah langkah jangka panjang yang perlu diambil bagi memantapkan ekonomi negara untuk mengelak kesan buruk jika berterusan memberikan subsidi berkenaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat perlu memahami kesan-kesan yang lebih besar jika kerajaan berterusan memberikan subsidi kerana ia boleh menyebabkan negara menjadi muflis dan rakyat akan menanggung kesan yang lebih buruk jika keadaan itu berlaku.

“RM23 bilion ini satu angka yang besar jadi tidak ada negara yang mampu bertahan smpai bila-bila. Oleh itu kita perlu adakan program rasionalisasi yang bukan dibuat sekali gus tetapi sedikit-sedikit.

“Pada masa ini karajaan masih memberikan subsidi lapan peratus setiap liter yang kita beli masih subsidi. Kalau pergi di Thailand tidak ada subsidi langsung.

“Jadi kita patut bersyukur dgn keadaan ini. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan secara beransur-ansur kerana kalau tidak negara boleh muflis,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Nak Sihat sempena Gegar 10,000 Langkah Merdeka di Lembah Sireh di sini, hari ini.

Mustapa berkata demikian sebagai mengulas pengurangan subsidi bahan api itu yang menyaksikan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Isnin lalu.

Najib berkata, kerajaan kini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel.

Mengulas perkara itu lagi Mustapa berkata kerajaan mengambil langkah secara perlahan-lahan kerana memahami masalah rakyat dan berharap tidak ada pihak yang akan mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku.

“Ini adalah penting bagi menjaga masa depan negara. Kita boleh ambil tindakan populis bertahan tapi kalau setahun 23 bilion maka dua tiga tahun boleh muflislah negara kita. Kita tidak mahu negara menghadapi masalah besar maka langkah yang kita ambil ini adalah perlu demi menjaga kestabilan dan menjaga kekuatan memastikan negara kita kuat untuk masa tempoh yang panjang,” katanya.

Ketika ditanya kenapa kerajaan tidak menarik subsidi bahan bakar kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) umpamanya, Mustapa berkata, jika perkara itu berlaku, tarif elektrik dijangka meningkat dan akan memberi kesan kepada perniagaan dan akan menimbulkan masalah yang lebih rumit lagi.

Mustapa berkata, kerajaan memahami akan ada pihak terutama pembangkang yang tidak bersetuju dengan langkah kerajaan itu tetapi yakin rakyat akan memahami dengan mendalam kesan yang akan diterima pada masa depan.

“Subsidi bagaimanapun masih perlu seperti subsidi pendidikan, universiti umpamanya yuran dibayar sikit sahaja berbanding dengan kos yang ditanggung. Kalau kesihatan, kos yang dibayar mungkin tidak sampai lima peratus. Jadi ini antara subsidi yang perlu,” katanya.

Pada majlis itu kira-kira 5,000 orang hadir dan Mustapa turut berjalan kaki sejauh kira-kira tiga kilometer bersama mereka yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dan Timbalan
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan (Kesihatan Awam) Dr Wan Mansor Hamzah. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment