Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 28, 2013

No Comment

DI CHINA, polis berjaya menyelamatkan 92 orang kanak-kanak mangsa penculikan dan menahan 301 orang yang disyaki terlibat dalam kes penyeludupan manusia.

Menerusi operasi serbuan yang dijalankan di 11 wilayah di negara itu, mereka juga berjaya membebaskan dua mangsa wanita.

Penyeludup dipercayai mensasarkan kanak-kanak di selatan-barat Wilayah Yunnan dan Sichuan dan sebelum menjual mereka di tempat lain.

Terdapat keluarga yang membeli wanita dan kanak-kanak untuk dijadikan pekerja dan pembantu rumah, selain untuk dikahwinkan kepada anak lelaki mereka.

Menurut Kementerian Keselamatan Awam, pada tahun lalu, lebih 24,000 wanita dan kanak-kanak yang diculik berjaya dibebaskan.

Kes penyeludupan manusia menjadi masalah yang sangat serius di China dan ramai yang menyalahkan polisi ‘satu keluarga, satu anak’ yang diwujudkan oleh kerajaan kerana dianggap meningkatkan aktiviti pembelian kanak-kanak ini.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment