Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 28, 2013

No Comment

PALEMBANG – Skuad wushu negara ke Temasya Sukan Perpaduan Islam (ISG 2013) Ketiga membuka gelanggang hari pertama dengan mengutip dua pingat perak dan satu pingat gangsa di Stadium Gimnastik Jakabaring dekat sini hari ini.

Pingat perak pertama negara diraih menerusi Gjeblehim Bong Teck Fuu yang beraksi dalam acara Nan Quan individu lelaki dengan mengutip 9.60 mata, pingat gangsa pula milik rakan senegara Kevan Cheah Peng Heng selepas mengumpul 9.56 mata.

Atlet Iran, Farshad Arabi dinobatkan sebagai juara selepas meraih 9.63 mata.

Chan Lu Yi menyumbang pingat perak kedua negara setelah berjaya mendapat 9.54 mata bagi acara Taiji Quan individu wanita.

Pingat emas bagi acara itu milik tuan rumah, Indonesia menerusi atletnya Lindswell setelah berjaya mengutip 9.69 mata, manakala pingat gangsa dimenangi Hamideh Barkhor yang mewakili Iran dengan kutipan 9.30 mata.

Bong, 22, berkata beliau masih tidak percaya dapat menyumbang pingat pertama dari kem wushu hari ini keranau tidak meletakkan sebarang harapan sebelum ini.

“Saya tidak percaya boleh menang hari ini, kejayaan ini membakar semangat saya untuk menyumbang sebutir pingat lagi daripada acara Nan Dao individu lelaki esok dan acara Nan Gun individu lelaki pada hari berikutnya,” katanya kepada Bernama.

Atlet pelapis berasal dari Serawak itu berkata saingan yang diterima daripada peserta lain terutama dari Iran amat mencabar dan beliau rasa bertuah kerana dapat mempelajari sesuatu yang baharu di Palembang.

“Saya harap mampu pergi jauh lagi dalam sukan wushu kerana ia telah menjadi sebahagian daripad hidup saya,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment