Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 23, 2013

No Comment


Venezuela – Masalah kekurangan bekalan tisu tandas yang kritikal, telah memaksa kerajaan menghantar tentera ke kilang tisu tersebut bagi memastikan ia diagihkan secara telus.

Selain itu, Presiden Nicolas Maduro juga mengarahkan penguatkuasa undang-undang kebangsaan mengambil alih kilang-kilang mengeluarkan tisu berkenaan.

“Tindakan yang diambil keatas pengeluar tisu tandas dan lampin pakai buang ini adalah bagi memastikan bahawa pengeluarannya adalah normal dengan harga yang dipantau oleh kerajaan,’’ kata Maduro.

Beliau telah menggantung pengimportan tisu tandas dari luar negara, selepas memenangi pilihan raya April lalu.

Keadaan ini menyebabkan berlaku kekurangan yang kritikal ke atas bekalan berkenaan.

Tindakan Maduro itu dikritik pembangkang kerana ia jelas menunjukkan bahawa beliau gagal melaksanakan kawalan matawang.

Ia juga mengakibatkan kadar inflasi meningkat .

0 comments:

Post a Comment