Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 24, 2013

No Comment


Osaka – Seorang isteri yang cuba membunuh suaminya dengan sengaja memulakan kebakaran di rumah mereka, akhirnya terpaksa diselamatkan oleh suaminya apabila lelaki itu menyedari bahawa isterinya terperangkap dalam rumah mereka.

Wanita itu, Masumi Nishino sebelum itu bergaduh dengan suaminya, menyebabkan lelaki berkenaan memutuskan untuk tidur di pejabat yang juga sebahagian daripada rumah tersebut.

Nishino yang marah dengan suaminya itu kemudian memutuskan untuk `mengajar’ lelaki tersebut.

Dia membakar cebisan kertas di bahagian ruang kosong yang memisahkan rumah tersebut dengan pejabat suaminya.

Wanita berkenaan yang penat menunggu kemudiannya masuk tidur dalam biliknya, meninggalkan kertas itu terbakar dan menyambar rumah mereka.

Suaminya yang tersedar akibat asap tebal, bangun menyelamatkan isterinya selepas menyedari dia masih berada dalam rumah yang terbakar itu.

Kedua-duanya hanya mengalami sesak nafas kerana terhidup asap dan dibawa ke hospital.

Nishino telah didakwa kerana melakukan perbuatan khianat dan cuba membunuh.

Dalam satu kenyataan, Nishino berkata dia tidak bermaksud membunuh suaminya sebaliknya hanya ingin menyakitkan hati suaminya sahaja.

“Saya tidak bermaksud untuk membunuhnya dan saya tidak tahu perkara ini akan berlaku,’’ katanya.

0 comments:

Post a Comment