Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

QUETTA – Sekurang-kurangnya lima penumpang terbunuh dan 16 yang lain cedera apabila sebuah kereta api tergelincir selepas dibom di Baluchistan, selatan Pakistan semalam, kata beberapa pegawai.

Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab berhubung insiden tersebut yang berlaku di wilayah berkenaan.

Baluchistan merupakan kubu kumpulan-kumpulan pemisah termasuk Taliban.

Ketika kejadian, kereta api berkenaan bergerak dari bandar Rawalpindi menuju Quetta.

Beberapa buah gerabak musnah dalam letupan yang berlaku kira-kira 200 kilometer dari Quetta.

“Bahan letupan ditanam di landasan kereta api kerana kesan letupan mewujudkan sebuah kawah sedalam beberapa kaki,” kata pegawai di Baluchistan, Asad Gillani.

Kebanyakan penumpang dilaporkan kembali ke Quetta selepas bercuti di kampung masing-masing.

Kumpulan pemisah di Baluchistan menuduh pemerintah mengeksploitasi wilayah yang kaya dengan sumber mineral dan membiarkan penduduk di situ dalam kemiskinan. – Reuters

0 comments:

Post a Comment