Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

HARARE – Lebih 300 ekor gajah dan sejumlah haiwan lain mati akibat diracun oleh pemburu haram di Zimbabwe, kata sebuah kumpulan pemuliharaan hidupan liar semalam.

“Pada Julai lalu, sekitar 300 ekor gajah mati akibat keracunan sianida di Hwange,” kata pengerusi Pasukan Petugas Pemuliharaan Zimbabwe, Johnny Rodrigues.

“Bangkai haiwan itu ditemui oleh sekumpulan pemburu yang melalui kawasan berkenaan,” tambahnya.

Menurut Rodrigues, haiwan lain yang terbunuh termasuk singa, burung hering dan anjing liar seperti dubuk.

“Pihak berkuasa hanya campur tangan pada September lalu dan ketika itu jumlah kematian sudah meningkat kepada 325 ekor gajah,” katanya.

Empat pemburu haram dipenjara dengan masing-masing selama 15 tahun berhubung jenayah tersebut.

Terdapat lebih 120,000 ekor gajah yang hidup di beberapa taman negara di Zimbabwe.

Gading gajah dan beberapa anggota lain amat berharga di pasaran Asia untuk tujuan perhiasan, azimat, dan untuk kegunaan perubatan.

Perdagangan gading antarabangsa diharamkan sejak 1989 selepas populasi gajah Afrika merosot daripada beberapa juta kepada hanya 600,000 menjelang lewat tahun 1980-an. – AFP

0 comments:

Post a Comment