Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Seramai 55 pelajar akan bertanding pada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang akan berlangsung esok.

Pusat Komunikasi Korporat UKM dalam satu kenyataan media memberitahu, 37 calon terbabit akan bertanding bagi kerusi fakulti dan 18 lagi bertanding kerusi umum.

“Hari pengundian akan diadakan esok dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Pengiraan undi akan dilaksanakan pada hari dan tempat yang sama selepas pengundian.

“Penjumlahan undi bagi keseluruhan pula akan dijalankan di Dewan Tun Abdullah Mohd. Salleh UKM Bangi bermula pukul 8 malam,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM kali ini membabitkan pertandingan sebanyak 18 kerusi bagi kawasan fakulti.

Jelas kenyataan itu, bagi kawasan umum pula, sebanyak enam kerusi dipertandingkan bagi pelajar Tahun 1 dan 2 dan tiga kerusi bagi pelajar Tahun 3 dan ke atas.

Tambah kenyataan itu, pelajar yang tinggal di kolej kediaman di Bangi, Kampus Kuala Lumpur dan Cheras akan mengundi di kolej kediaman masing-masing.

Manakala, pelajar yang tinggal di luar kampus Bangi akan mengundi Pusanika UKM.

Sementara itu, pelajar yang tinggal di luar kampung Kuala Lumpur dan Cheras akan mengundi di Tingkat 1 Blok E Kampus UKM Kuala Lumpur dan Auditorium Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini.

0 comments:

Post a Comment