Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – PAS perlu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini demi maruah bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, DUN Sungai Limau amat penting buat PAS dan merupakan satu penghormatan buat Allahyarham di atas jasa dan pengorbanannya kepada parti dan penduduk Sungai Limau sebelum ini.

“Oleh itu DPPM akan bersungguh-sungguh mempertahan kerusi DUN ini pada 4 November nanti yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham.

“Bagi kami kemenangan kerusi DUN Sungai Limau adalah satu penghormatan dan maruah besar bagi Allahyarham,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad dalam pada itu melahirkan keyakinan calon PAS bagi kerusi DUN itu pada PRK kali ini akan membawa suara golongan muda di kawasan tersebut.

0 comments:

Post a Comment