Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan menggesa rakyat Selangor supaya berani mengkritik dan menegur pentadbiran kerajaan negeri itu yang kini ditadbir oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, teguran dan kritikan itu satu proses `check and balance’ yang membina demi kepentingan negeri tersebut.

“Rakyat yang sanggup memberi kritikan manakala pemimpin kerajaannya pula bersedia mendengarnya, itu petanda kerajaan tersebut sihat dan proaktif,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohamad Suhaimi berkata, kerajaan atau pemimpin yang tidak bersedia dikritik, malah mengambil tindakan kepada rakyat yang bersuara lantang adalah mereka yang tidak bertanggungjawab.

Tegas beliau, pemimpin seperti itu adalah diktator yang memerintah mengikut kata hati dan berasa gembira apabila dipuji tetapi berang apabila dikritik.

Tambahnya, golongan seperti itu sanggup melakukan apa sahaja supaya rakyat memuji mereka dan melenting apabila rakyat memberikan kritikan kepada mereka.

Sehubungan itu, beliau memuji Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana memaklumkan bersedia menerima teguran daripada mana-mana pihak.

0 comments:

Post a Comment