Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 29, 2013

No Comment

PARIT BUNTAR – Sekeluarga di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah pusaka mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Permatang Tok Mahat, tengah hari semalam.

Mangsa, Syamil Sharudin, 25, berkata, ketika kejadian, tiada orang berada di rumah berikutan kesemua mereka keluar bekerja dan pergi ke sekolah pada sebelah pagi.

Menurutnya, dia yang bekerja sebagai tukang masak di kedai makan berhampiran bergegas pulang apabila dimaklumkan jiran bahawa rumahnya terbakar kebakaran lebih kurang jam 12 tengah hari.

“Setibanya di sana, saya melihat api mula membakar bahagian belakang kediaman dan saya nekad memasuki rumah untuk menyelamatkan dokumen penting serta barangan berharga, namun gagal,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Syamil berkata, selain itu, dia turut gagal menyelamatkan dua motosikal yang terletak di hadapan rumah berikutan api merebak dengan pantas.

Jelasnya, kediaman itu merupakan rumah pusaka keluarga didiaminya bersama enam lagi ahli keluarga lain.
“Saya menganggarkan kos kerugian melebihi RM75,000 dan kini buntu memikirkan nasib kami yang kini kehilangan tempat tinggal.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kejadian itu tidak mengorbankan nyawa ahli keluarga,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan sebanyak tujuh jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Parit Buntar bersama bomba sukarela tiba di tempat kejadian lebih kurang 15 minit kemudian manakala punca kebakaran masih dalam siasatan. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment