Belum sempat puas ‘meneroka’ iPhone 5S yang dilancarkan bulan September lalu,kini Apple dikhabarkan sedang bekerja keras untuk mengeluarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu iPhone 6 ,tahun hadapan.
Mungkin Apple sedar persaingan sengitnya dengan psaran Android yang dilihat lebih inovatif dan canggih,selain mampu milik.
Tarikh pelancaran model terbaru ini dijangka akan dilancarkan pada bulan September 2014. Bagaimanapun,kemungkinan iPhone 6 untuk dikeluarkan lebih awal adalah tinggi bagi menyaingi sekutu terdekatnya Samsung,yang akan melancarkan siri Galaxy terbarunya pada bulan Mei/Jun hadapan.
Dari segi saiz skrin pula, Wall Street Journal melaporkan Apple sedang bereksperimen dengan paparan yang lebih luas; dalam lingkungan 4.5 ke 6 inci. Menurut salah seorang analis MacRumors, syarikat teknologi elit itu mungkin akan memuatkan skrin paparan Retina+ IGZO berkeluasan 4.8 inci yang dihasilkan oleh Sharp, menjadikan paparan iPhone 6 lebih tipis,jelas dan terang sekaligus lebih memukau berbanding resolusi definisi tinggi (HD).
Para analis turut meramalkan Apple untuk meningkat kapasiti penyimpanan data perantinya kepada 128GB; dua kali ganda daripada kapasiti maksimum iPhone 5S iaitu 64GB.
Model iPhone 6 akan turut mengekalkan sistem pengesanan cap jari namun ditambahbaik dengan keupayaan untuk memain semula media, transaksi pembayaran tanpa wayar, integrasi teknologi NFC dan pemindahan data. Kamera peranti ini turut diberi pembaharuan dengan sensor yang lebih luas dan kelipan (flash) LED,selain paparan 13 megapiksel yang lebih cantik.
Selain itu,ciri-ciri paparan skrin IPhone 6 dijangkakan akan menyamai Samsung iaitu mekanisme yang memboleh skrin ‘dilentur’ atau melengkung,sekaligus membolehkan paparan telefon pintar itu untuk menjadi dua kali ganda lebih besar.
Apa-apa pun kita tunggu sahaja apakah inovasi baru yang akan diperkenalkan oleh Apple,yang popular sebagai pelopor konsep telefon pintar.
0 comments:
Post a Comment