Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

Kisah skandal pelakon Adi Putra dengan seorang wanita berstatus isteri hampir tenggelam gara-gara isu nikah rahsia pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sebelum ini.

Namun, cerita itu dibangkitkan semula oleh wartawan BiPop, Zubir, yang mendakwa kononnya Adi telah menggunakan pengaruh seorang individu bagi mengugurkan kes itu dari siasatan.

Bagaimanapun, melalui Sinar Harian hari ini, isteri Adi iaitu Aida Yusof menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan dia tidak mengetahui perkembangan kes tersebut.

Menurutnya, info terakhir yang diketahuinya ialah pihak forensik telah selesai melakukan siasatan.

“Saya tahu perkara itu dari akhbar dan perkara lain saya tidak dimaklumkan. Tetapi sebaik sahaja kami memperoleh keputusan siasatan, Adi akan mengeluarkan kenyataan akhbar seperti yang dijanjikan.

“Sebolehnya saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini kerana seperti yang Adi dan saya pernah katakan sebelum ini, kes ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan.

“Namun, ingin saya tegaskan di sini, saya atau Adi tidak pernah menggunakan sesiapa untuk membantu menggugurkan kes ini. Sesiapa yang tidak percaya boleh siasat sendiri atau tanya sendiri pihak berkenaan,” katanya.

Nampaknya, pelbagai dakwaan dan kenyataan sudah dikeluarkan oleh pihak wartawan serta pasangan Adi dan Aida sepanjang siasatan kes ini.

Apapun, kami percaya kebenaran akan terbongkar sedikit masa lagi. Adalah lebih baik untuk kita menanti kenyataan yang benar-benar sahih iaitu dari pihak polis sendiri.

Pada masa yang sama, kami tertanya-tanya, apa cerita wanita yang dikaitkan dengan Adi ya?

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment