Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang Sdn. Bhd. (SILK) akan membuka laluan kontra di Lebuhraya Kajang SILK pada setiap petang bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu tersebut.

SILK dalam satu kenyataan media memberitahu, laluan kontra tersebut akan dibuka dari pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang bermula hari ini.

“Laluan kontra ini dibuka bermula dari KM28.3 di Persimpangan UNITEN ke KM24.1 di Plaza Tol Sungai Ramal.

“Laluan ini dikhaskan untuk kenderaan ringan kecuali motosikal dan dikhususkan kepada trafik dari Putrajaya menuju ke Plaza Tol Sungai Ramal pada waktu puncak petang hari bekerja,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pembukaan laluan kontra secara kekal itu bakal mengatasi masalah kesesakan di antara Persimpangan Bangi dan Persimpangan Sungai Ramal pada waktu puncak petang hari bekerja.

Kata kenyataan itu, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai laluan kontra tersebut boleh menghubungi SILK Infoline di talian 03-89210123 24 jam sehari.

0 comments:

Post a Comment