Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

Pelakon Shah Iskandar menafikan dia mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan kakak Anzalna, Diana Nasir.

Ini berikutan laporan sebuah akhbar mingguan berserta gambar mesra mereka yang turut dikepilkan bersama mengatakan kedua-duanya sedang dilamun cinta.

Mengulas mengenai perkara itu, Shah berkata, “saya mengenali Diana Nasir lebih kurang tiga ke empat bulan lalu dan saya tahu dia adalah kakak kepada Anzalna. Sebelum ini kami memang pernah keluar lepak tapi beramai-ramai. Tidak pernah lagi berdua”.


“Jujurnya, saya baru terbaca akan gosip tersebut. Memang saya terperanjat bila baca apa yang ditulisnya. Saya tidak jangka yang dia akan mengemaskini status tersebut bersama gambar kami berdua. Sedangkan ketika itu ada kawan-kawan lain disekeliling kami,” jelasnya menerusi Media Hiburan.

Ketika ditanya perasaan kepada wanita tersebut, Shah mengatakan dia hanya menganggap Diana sebagai kawan biasa sahaja.

Shah yang kini berada di Cape Town kerana terlibat dengan rancangan Fear Factor 2 akan segera bertanyakan hal ini sendiri kepada Diana sekembalinya dia ke tanah air kelak.

Mungkinkah Diana hanya bertepuk sebelah tangan?

Namun daripada status yang dikongsikan Diana nampaknya seperti dia sudah tangkap cintun dengan aktor tersebut.

Tak gitu?

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment