Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Johor mendakwa Projek Lagun Puteri di negeri itu merugikan rakyat serta kerajaan Johor dan cuma menguntungkan syarikat pemaju projek tersebut.

Ketua DPP Johor, Suhaizan Kaiat mendakwa, projek itu menyebabkan kerajaan Johor terpaksa mengurniakan tanah strategik seluas 154.272 ekar di negeri itu kepada pemaju projek itu iaitu Danga Bay Sdn. Bhd. (DBSB).

“Kerajaan negeri tidak cukup dana untuk membangunkan projek ini maka terpaksa mengurniakan tanah itu kepada DBSB.

“DBSB kemudiannya mengubah pelan asal Lagun Puteri tanpa kelulusan kerajaan menyebabkan kos meningkat RM29.84 juta dan terpaksa ditanggung kerajaan negeri.

“Oleh kerana kerajaan negeri tidak cukup dana maka mengurniakan 14.522 ekar lagi tanah di Danga Bay kepada DBSB. Nilai tanah adalah RM49.45 juta,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Suhaizan seterusnya mendakwa, kerajaan Johor sepatutnya tidak membiarkan tanah itu terlepas kepada pihak pemaju kerana ia merupakan hak rakyat.

Justeru, beliau menyifatkan situasi yang berlaku itu seolah-olah menunjukkan kerajaan negeri dibuli oleh syarikat pemaju tersebut.

0 comments:

Post a Comment