Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

DI Taiwan, seorang penyampai berita televisyen wanita didenda oleh syarikatnya gara-gara kejadian ahli keluarganya mengarahkan seorang pekerja spa melutut dan meminta maaf selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Liang Li dikenakan dimerit sebanyak dua mata dan diturunkan daripada jawatannya sekarang oleh EETV kerana merosakkan reputasi syarikat itu.

Selain itu, dia juga dilarang terlibat dalam sebarang kerja temubual kerana dianggap melanggar etika kewartawanan yang ditetapkan.

Pertengkaran yang berlaku antara keluarga Liang dan pekerja spa di Hotel Fleur de Chne itu berlaku apabila mereka terpaksa menunggu lama untuk sesi urutan kerana tempahan yang penuh.

Oleh kerana tidak dapat menerima alasan pekerja spa tersebut, mereka memaksanya melutut untuk meminta maaf.

Meskipun bukan Liang yang mengarahkannya, namun dia berada bersama-sama mereka sewaktu kejadian, sekaligus turut dipersalahkan.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment