LOS ANGELES – Doktor Michael Jackson dibebaskan dari penjara hari ini, dua tahun selepas didapati bersalah membunuh bintang pop itu.
Conrad Murray dibebaskan pada kira-kira jam 12.01 tengah malam dari penjara di Los Angeles selepas menjalani separuh daripada hukuman maksimum kerana didapati bersalah menyebabkan kematian.
Murray dibawa keluar mengikut pintu belakang bagi mengelak bertembung dengan krew televisyen dan penyokong Jackson. – AP
0 comments:
Post a Comment