Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 21, 2013

No Comment
Li Dong menunjukkan sebahagian daripada 200 koleksi terbaru cincin perkahwinan OE Fine Jewellery. - Foto AZMI ARYANTO

TREND membeli emas tidak berubah malah barangan kemas terus mendapat sambutan pembeli pelbagai peringkat usia mahupun status ekonomi negara ketika ini.

Pengurus Besar OE Fine Jewellery, Ong Li Dong berkata, masyarakat di negara ini bukan sahaja melihat emas sebagai barangan perhiasan tetapi juga suatu bentuk pelaburan jangka panjang.

“Emas juga antara hadiah yang sering menjadi pilihan untuk menambat hati sesiapa sahaja, jadi tidak rugi membeli emas,” katanya selepas melancarkan koleksi emas terkini OE Fine Jewellery di Kuala Lumpur. OE Fine Jewellery memperkenalkan 200 koleksi cincin
perkahwinan yang boleh didapati dengan harga serendah RM1,000 sebentuk.

“Bukan itu sahaja, kami turut menawarkan khidmat ukiran percuma dengan pilihan 12 bentuk ukiran berbeza mengikut cita rasa pelanggan dalam mana-mana pembelian koleksi ini.

“Buat pertama kali juga kami memperkenalkan emas suasa sembilan karat,” katanya.

0 comments:

Post a Comment