SETIU – Perwakilan Umno Setiu Wan Hassan Wan Ahmad yang pengsan ketika menunggu giliran untuk mengundi semasa mesyuarat perwakilan dan pemilihan bahagian itu Sabtu lepas, meninggal dunia malam semalam.
Wan Hassan, 54, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada pukul 11 malam, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi Mohd Iskandar Jaafar kepada Bernama hari ini.
Katanya Allahyarham merupakan ketua Umno Cawangan Gong Ubi Keling dan guru besar Sekolah Kebangsaan Jabi.
Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Wan Hassan jatuh pengsan ketika menunggu giliran untuk mengundi. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Daerah Besut sebelum dipindahkan ke HSNZ pada hari yang sama. – BERNAMA

0 comments:
Post a Comment