Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menggagalkan cubaan menyeludup keluar 1,650 liter petrol menggunakan dua buah bot pam ke negara jiran malam tadi.

Komander PPM Sabah, Asisten Komisioner Mohammad Madun, berkata petrol berkenaan dirampas dari dua buah bot yang dalam perjalanan ke sempadan perairan negara selepas sepasukan lima anggota PPM diketuai Pegawai Pemerintah PPM Semporna, Asisten Superintendan Mat Zawawi Yaacob memintas kedua-dua bot itu kira-kira jam 9.30 malam.

“Pemeriksaan ke atas dua buah bot yang masing-masing menggunakan dua enjin membawa kepada penemuan 55 tong plastik berisi 1,650 liter petrol tanpa sebarang dokumen yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohammad berkata selain merampas bot berserta enjin, pihaknya turut menahan empat lelaki warga asing berusia lingkungan 25 hingga 50 tahun yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Katanya semua barangan rampasan, termasuk bot dan enjin dianggarkan bernilai RM12,665. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment