Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

Bintang Paling Popular 2012, Shaheizy Sam menyifatkan kontrak kerjaya yang ditandatangani artis bukanlah penghalang untuk mereka berumah tangga.

Menurutnya, setiap artis yang mahu memeterai perjanjian dengan mana-mana syarikat atau jenama perlu memahami kandungan setiap klausa bagi mengelak kekeliruan.

Malah, Sam juga menyatakan dia tidak akan merahsiakan perkahwinannya sekiranya jodoh sudah sampai.

“InsyaAllah, andai suatu masa nanti jodoh saya sampai, tentu saya akan maklumkan kepada syarikat pengurusan dan peminat. Tiada sebab untuk saya rahsiakan perkara baik,” katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.

Aktor berusia 31 tahun itu juga mengatakan dia berharap permasalahan yang berlaku di antara syarikat pengurusannya, MIG dengan pasangan pelakon muda, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akan diselesaikan secara baik.

Sementara itu, Sam akan berkampung selama sebulan di Bangkok, Thailand untuk menjalani penggambaran filem terbaru Adnan Sempit Sawadikap.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment