Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

Kuala Lumpur – Sindiket dadah antarabangsa kini tidak lagi beroperasi di banglo dan kondominium mewah, sebaliknya beroperasi di kawasan kampung sebagai lokasi baru untuk mengaburi pihak berkuasa.

Ini terbukti apabila sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menyerbu sebuah gudang di Kampung Padang Jawa, Shah Alam, di sini yang dijadikan makmal mini minggu lalu dan merampas dadah jenis syabu bernilai lebih RM17 juta.

Dalam serbuan jam 8.30 malam pada 18 Oktober lalu, seorang lelaki tempatan dan dua lelaki warga Iran ditahan.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, serbuan ke gudang itu turut membongkar sebuah makmal mini selain merampas 89.32 kilogram (kg) cecair dadah, bahan kimia serta peralatan memproses syabu untuk pasaran tempatan.

“Kami percaya, warga Iran ini mempunyai kepakaran memproses dadah manakala lelaki tempatan itu terbabit dalam menguruskan tempat serta memasarkan dadah.

“Berikutan tangkapan itu, pada 19 Oktober kira-kira jam 12.10 tengah malam, seorang lagi lelaki tempatan yang terbabit dalam sindiket berkenaan ditangkap ketika sedang memandu di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, semalam.

Noor Rashid berkata, bahan yang digunakan untuk menghasilkan dadah berkenaan dipercayai diperoleh di negara ini dengan menggunakan lesen dan permit khas. - myMetro Online

0 comments:

Post a Comment