Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 29, 2013

No Comment

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg merupakan salah seorang daripada ikon moden masa kini dan kini orang ramai berpeluang untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang pengasas laman sosial terkenal ini.

Universiti Wisconsin Milwaukee telah melancarkan sebuah arkib yang lengkap dengan teks ucapan awam Zuckeberg. Dikenali sebagai ‘Zuckerberg Files‘, maklumat ini boleh diakses untuk kegunaan penyelidikan.

Antara tujuan utama pelancaran arkib ini adalah kerana kita banyak menghabiskan masa di Facebook, dan mengikut pendapat Zuckerberg terhadap perkongsian maklumat dan privasi adalah amat penting bagi seseorang individu itu.

Lebih daripada 100 transkrip teks dan 50 video telah dimuat naik ke dalam arkib tersebut, tetapi pengguna perlu menghantar emel kepada Zuckerberg Files terlebih dahulu untuk mendapatkan akses tersebut.

0 comments:

Post a Comment