Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 23, 2013

No Comment

Teka teki siapakah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, berakhir hari ini dengan keputusan memihak kepada Khairul Azwan Harun.

Sebelum ini, Khairul Azwan terikat di kedudukan seri 73 undi bersama seorang lagi calon, Jamawi Jaafar. Bagaimanapun terdapat tiga kawasan yang mencetuskan pertikaian kedua-dua pihak iaitu Sabak Bernam, Gelang Patah dan Bachok ketika pemilihan sayap, 12 Oktober lalu.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli mengumumkan bahawa keputusan hanya akan ditentukan selepas undian semula dibuat di ketiga-tiga kawasan tersebut.

Pengundian dijalankan mengikut sistem ‘electoral college’ di mana bilangan undi terbanyak yang diperoleh seseorang calon dari sesebuah bahagian dikira sebagai hanya satu undi.

Ternyata setelah undian dijalankan di Sabak Bernam dan Gelang Patah, kemenangan menyebelahi Khairul Azwan yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak.

Pergerakan Pemuda kedua bahagian tersebut memberikan undi kepada Khairul Azwan  … Tahniah!  - REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment