Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

Sesi ucapan selama 25 minit Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Rose Garden, Rumah Putih ‘diserikan’ dengan sedikit drama apabila beliau sempat memegang tangan seorang wanita yang hampir pengsan di belakangnya.

Wanita itu, Karmel Allison dijemput menghadiri sidang media mengenai sebuah laman web baru berkaitan penjagaan kesihatan kerana dia merupakan seorang penghidap kencing manis.

Detik yang dirakamkan itu menyaksikan Allison kelihatan pucat dan sebaik sahaja Obama menoleh ke belakang, dia sudah hampir pitam.

Tubuh Allison bagaimanapun sempat ditahan oleh seorang lelaki yang berada di belakangnya dan Presiden itu pula mencapai dan memegang tangannya daripada terjatuh.

Bagaimanapun, Obama sempat berseloroh dengan berkata, “Inilah yang berlaku apabila saya berucap terlalu lama.”

Tidak lama kemudian, Allison mengemaskini Twitternya dengan status yang berbunyi:

“Saya tidak apa-apa – cuma sedikit pening. Terima kasih @BarackObama kerana membantu saya!”



Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment