Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 22, 2013

No Comment

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengisytiharkan Mesyuarat Agung ke-14 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terbatal dan tidak sah telah mengundang pelbagai reaksi umum.

SiakapKeli telah menghubungi bekas Presiden Seniman, Zed Zaidi bagi mendapatkan penjelasan berkenaan keputusan mahkamah itu.

Bagaimanapun, Zed enggan memberi sebarang ulasan berkenaan isu tersebut dan menegaskan pihaknya akan mengadakan sidang media apabila tiba masa yang sesuai.

“Saya masih lagi dalam mesyuarat. Nanti kami akan adakan sidang media,” jelas Zed.

Dalam laporan media tempatan hari ini, Zed menyatakan bahawa beliau tidak tahu berhubung hal tersebut dan hanya akan memberi sebarang maklumbalas setelah menerima kepastian seperti surat bertulis.

Mahkamah memutuskan, Mesyuarat Agung Seniman kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal justeru secara automatik Zed bukan lagi presiden persatuan itu.

Mahkamah turut memerintahkan mesyuarat itu diadakan semula dengan dikendalikan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Oleh: HARITS ASYRAF

0 comments:

Post a Comment