Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 17, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang cuba menegakkan benang basah apabila mendakwa kekecohan yang berlaku dalam sidang Dewan Rakyat pada 14 November lalu berpunca daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan bukan dicetuskan wakil rakyat pembangkang.

Beliau mendakwa, kekecohan bermula apabila Ahli Parlimen BN tidak mempedulikan Peraturan Mesyuarat dan kelaziman kerana menggunakan kelebihan kerusi di Parlimen untuk meluluskan usul menggantung Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran selama enam bulan berhubung isu kuil Sri Muneswarar Kaliyamman.

“Usul untuk menggantung Surendran itu melanggar Peraturan Mesyuarat dan kelaziman Parlimen sekurang-kurangnya menurut empat asas.

“Kejadian kedua pula apabila persidangan Parlimen menyaksikan tindakan Ahli Parlimen BN yang diketuai Bung Mokhtar Radin menjalankan konspirasi untuk menimbulkan kekecohan dengan perbuatan mengoyak usul Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh untuk memotong gaji lima penasihat khas Jabatan Perdana Menteri,” dakwanya melalui satu kenyataan media.

Pemimpin veteran DAP itu seterusnya mendakwa, tujuan Ahli Parlimen BN berbuat demikian untuk mensabotaj persidangan dengan tidak membenarkan usul Fuziah dibahaskan.

Justeru, dakwanya, dua kejadian itu menunjukkan sikap kebudak-budakan Ahli Parlimen BN yang sanggup bersikap kasar tanpa mempedulikan soal salah atau benar sesuatu isu serta tidak memikirkan kepentingan rakyat dan negara.

“Jelas bukan langkah ke arah membentuk sebuah Parlimen bertaraf dunia,” dakwanya lagi.

Media pada 14 November lalu melaporkan sidang Dewan Rakyat kecoh ketika usul menggantung Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran dari PKR dibacakan.

Kejadian itu bagaimanapun menyaksikan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad melipat kertas usul dan dijadikan kapal terbang kertas kerana kecewa dengan usul yang dikemukakan.

Usul yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri turut mendapat sorakkan kuat dari ahli Parlimen pembangkang sambil “tarik balik” berulang kali.

Antara yang bangun membantah ialah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Azmin turut dilihat merenyukkan kertas usul berkenaan sambil menunjukkannya kepada Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.

0 comments:

Post a Comment