Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 16, 2013

No Comment

LONDON – Anggota kumpulan pop One Direction, Louis Tomlinson dikecam oleh para peminat dan pengamal kesihatan kerana mempromosikan sebuah laman web untuk melangsingkan badan.

Penyanyi berkenaan menyiarkan pautan di laman Twitternya untuk meminta sejumlah 13.9 juta peminatnya melayari laman web Bootea.

Laman web berkenaan menjual suplemen untuk menurunkan berat badan dan mengekang selera makan.

“Gembira dapat menikmati minuman campuran Bootea pagi ini,” kata penyanyi berusia 21 tahun itu di laman Twitternya.

Beberapa jam kemudian komen tersebut dipadamkan tetapi ia telah menerima 10,000 komen dengan 14,000 lagi menyukai status dalam talian itu.

Mengulas isu tersebut, seorang jurucakap Louis berkata: ” Dia hanya menikmati minuman itu.”

Bagaimanapun, Louis tidak menyedari ia adalah produk penurunan berat badan.

“Louis tidak akan sesekali mempromosi produk penurunan berat badan,” tambahnya.

Minuman Bootea yang berharga £34.99 (RM111) itu habis dijual di laman web produk berkenaan selepas komen Louis.

Sebahagian pengguna laman web marah dengan tindakan penyanyi itu yang dibimbangi akan mempengaruhi golongan remaja untuk mengamalkan diet tidak sihat.

“Anda tidak patut mempromosi barangan seperti itu, saya sungguh marah,” kata seorang peminat.

“Berhenti, perbuatan anda tidak membantu mereka yang menghidap anoreksia dan penyakit lain,” kata seorang lagi peminatnya.

Louis turut diselar kerana perbuatannya dianggap sebagai tidak wajar dan tidak beretika.- Agensi

0 comments:

Post a Comment