Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 16, 2013

No Comment

BANGKOK – Parti pemerintah Thailand semalam memberi amaran bahawa bantahan anti kerajaan di ibu negara akan bertukar menjadi ganas, mendakwa seorang pemimpin pembangkang utama menyembunyikan ‘senjata’ di tempat perhimpunan.

Penunjuk perasaan yang marah terhadap cadangan pengampunan yang akan membenarkan kepulangan bekas perdana menteri dalam buangan, Thaksin Shinawatra, masih berada di jalanan di Bangkok walaupun parlimen menolak rang undang-undang kontroversi terbabit.

“Ada senjata perang yang disimpan di tengah bantahan. Saya mahu memberitahu penduduk yang mahu ke perhimpunan hari ini supaya berada di rumah.” Suporn Atthawong, Timbalan Setiausaha Perdana Menteri Thailand

Senjata di tengah bantahan

“Ada senjata perang yang disimpan di tengah bantahan. Saya mahu memberitahu penduduk yang mahu ke perhimpunan hari ini supaya berada di rumah,” kata timbalan setiausaha kepada Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, Suporn Atthawong, kepada pemberita.

Suporn, ahli penting “Baju Merah’ yang menyokong Thaksin tidak mengulas lanjut jenis senjata yang dipercayai beliau berada di kawasan perhimpunan di ibu negara terbabit.

Perhimpunan yang menarik sejumlah 2,000 penduduk tengahari semalam adalah terbaru dalam siri perhimpunan politik berpanjangan yang kadang kala bertukar menjadi berdarah di Thailand sejak beberapa tahun.

“Saya boleh mengesahkan sasaran mereka kini adalah untuk menggulingkan kerajaan,” kata Suporn yang dikenali dengan nama samaran Rambo Isaan, merujuk kepada sebuah wilayah di timur laut Thailand yang disifatkan kawasan Thaksin.

Dakwa rancang rusuhan

Beliau mendakwa pemimpin perhimpunan dan juga bekas timbalan perdana menteri, Suthep Thaugsuban merancang rusuhan.

Jurucakap bantahan, Akanat Promphan berkata tiada satupun senjata di tempat perhimpunan.

“Tiada yang percaya cerita ini dan anda boleh melihat dengan kehadiran yang tinggi,” katanya.

Pakar berkata Parti Demokrat pembangkang mengambil kesempatan daripada kemarahan membabitkan pengampunan terbabit.

Lebih 50,000 penduduk berhimpun di Bangkok pada petang Isnin untuk menyuarakan tidak puas hati, meniup wisel, bersorak dan mengibarkan bendera.

Thailand dilanda beberapa bantahan sejak kerajaan Thaksin digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006 yang membawa kepada huru hara di negara berkenaan.

Thaksin adalah tokoh terkemuka di Thailand dengan mendapat sokongan kuat dari luar bandar tetapi tidak disukai kebanyakan penduduk pertengahan dan atasan Bangkok. – AFP

0 comments:

Post a Comment