Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 16, 2013

No Comment

YANGON – Myanmar semalam berkata ia membebaskan berpuluh aktivis yang ditahan ketika negara itu menjadi hos kepada lawatan pemimpin dunia termasuk Kesatuan Eropah.

Kira-kira 69 banduan dibebaskan, yang terbaru dalam siri pembebasan yang dilihat di peringkat antarabangsa sebagai petunjuk utama negara berkenaan keluar daripada pemerintah tentera.

Kenyataan pejabat presiden berkata, pembebasan adalah sebagai menghormati asas kemanusiaan dan membolehkan mereka membantu dalam pembangunan negara dengan memahami kebajikan dan menghargai kebaikan negara.

Ia mengulangi ikrar Myanmar akan membebaskan semua saki baki tahanan pembangkang menjelang akhir tahun ini.

Pengumuman itu, yang disiarkan semalam, dibuat ketika Myanmar menjadi hos beberapa delegasi antarabangsa.

Presiden Thein Sein bertemu dengan ketua dasar luar EU, Catherine Ashton, kelmarin sebagai sebahagian misi Eropah ke negara itu.

Beliau juga bertemu dengan bekas Presiden Bill Clinton, yang berada di Myanmar bagi pihak yayasan, manakala bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, juga berada di negara itu.

Thein Sein, yang mendapat pujian dunia dan bertanggungjawab di atas penarikan balik beberapa sekatan Barat berikutan pembaharuannya, mengumumkan ketika lawatan pertamanya ke London Julai lalu bahawa tiada tahanan politik di Myanmar menjelang akhir tahun ini.

Namun pemimpin Myanmar itu dikritik oleh aktivis yang menuduh pihak berkuasa terus menghukum pembangkang. Masih ramai kekal dalam penjara tetapi angka sebenar banduan tidak diketahui.

Kerajaan juga berdepan dakwaan pengkritik yang berada dalam penjara digunakan sebagai modal politik dengan masyarakat antarabangsa dan ketika rundingan damai etnik minoriti. –AFP

0 comments:

Post a Comment