Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 16, 2013

No Comment

Portugal membawa bekalan tipis untuk perlawanan kedua playoff Piala Dunia 2014 selepas menewaskan Sweden 1-0 di laman sendiri pada aksi pertama, awal pagi semalam.

Gol kemenangan Portugal itu hadir pada minit ke-82 menerusi jaringan Cristiano Ronaldo tatkala kapten Sweden, Zlatan Ibrahimovic tampak kurang menyerlah sepanjang perlawanan.

Namun di Kiev, Ukraine berjaya mengatasi juara 1998, Perancis 2-0 menerusi jaringan Roman Zozulya pada minit ke-61 dan sepakan penalti Andriy Yarmolenko minit ke-82, sekali gus tugas sukar buat Perancis pada aksi kedua di laman sendiri, awal pagi Rabu ini.

Kedua-dua pasukan menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas pertahanan Perancis, Laurent Koscielny dilayangkan kad merah pada awal masa kecederaaan disusuli kad kuning kedua diterima pertahanan Ukraine, Olexander Kucher.

Dua lagi aksi pertama playoff awal pagi tadi menyaksikan tuan rumah, Greece membenam Romania 3-1 manakala Iceland gagal memanfaat kelebihan laman sendiri apabila sekadar seri 0-0 dengan Croatia.

0 comments:

Post a Comment