Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 23, 2013

No Comment

SHAH ALAM – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kesal dengan PAS Pusat yang masih belum mengeluarkan kad keanggotaan mereka walaupun sayap parti itu sudah ditubuhkan sejak tiga tahun lepas.

Pengerusinya Mu Phan Chow berkata anggota-anggotanya sudah tiga tahun menunggu kad itu setelah berjuang mendapatkannya.

“Kita harap kad anggota dapat dikeluarkan sebelum 31 Dis ini,” katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden pada Muktamar PAS ke-59 di sini, hari ini.

Isu kad keanggotaan itu pernah dibangkitkan perwakilan parti kerana PAS Pusat seolah-olah telah mengabaikan keperluan dan kebajikan anggota DHPP termasuk mengiktiraf dan mendekatkan diri mereka dengan Islam.

Mu turut kesal dengan sikap pimpinan PAS Pusat yang tidak pernah menghantar surat rasmi kepada mereka untuk menghadiri muktamar itu.

Beliau mendakwa PAS Pusat lebih memilih DAP yang kononnya mewakili masyarakat Cina jika ada mesyuarat peringkat pusat, negeri dan kawasan.

“Bila sudah menikah dengan Fatimah, jangan (tidak) lagi ingatkan Aminah. Oleh kerana DPHH sayap rasmi dalam PAS, maka saya harap PAS mewajibkan kami menghadiri mesyuarat,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment