Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 23, 2013

No Comment

SHAH ALAM – Seorang perwakilan PAS dari Johor hari ini mempersoal kelewatan PAS Pusat membentang laporan post mortem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun ia sudah berakhir enam bulan lepas.

Firdaus Masood berkata pemimpin akar umbi berharap laporan itu dikeluarkan sebelum Muktamar PAS tetapi mereka masih belum menerimanya.

Kegagalan mengeluarkan laporan itu secepat mungkin menyebabkan pemimpin dan anggota akar umbi tidak tahu mengenai (apa dilakukan) parti, katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di sini hari ini.

Beliau juga mencadangkan PAS Pusat supaya melantik jurucakap peringkat PAS Pusat dan negeri dalam Pakatan Rakyat untuk memastikan program dan dasar parti dapat dijelaskan sehingga ke peringkat akar umbi.

“Sekarang ini, terlalu ramai pemimpin yang bercakap dan ia menimbulkan kecelaruan dalam kalangan anggota,” katanya.

Firdaus turut menyarankan PAS supaya menubuhkan badan pemikir bebas yang dianggotai kumpulan teknokrat, veteran PAS, golongan profesional dan ulama untuk menjadi ‘pressure group’ (kumpulan pendesak) kepada pimpinan Pusat.

Beliau turut mahu kepimpinan PAS pusat mengamalkan doktrin pembahagian kuasa di peringkat kepimpinan mereka supaya dapat memberi fokus dan membezakan kerja dan tanggungjawab di peringkat pusat atau negeri. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment