Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 23, 2013

No Comment

MELIHAT gambar saja, anda boleh mengagak mengapa Sungai Citarum di Kepulauan Jawa, Indonesia ini diisytiharkan sebagai sungai paling tercemar di dunia oleh Green Cross Switzerland dan Blacksmith Institute tahun ini.

Usaha menyelamatkan sungai ini telah dimulakan sejak tahun 2008 termasuk oleh pihak Bank Pembangunan Asia (ADB) yang memberi peruntukan lebih RM1.5 bilion untuk membersihkan sungai ini selama 15 tahun.

Biarpun Citarum dicemari pelbagai jenis bahan kimia berbahaya seperti plumbum dan Chromium, penduduk setempat masih menggunakannya untuk aktiviti harian mereka.



Lebih membimbangkan, ia turut menjadi sumber air untuk penduduk Jakarta.

Pencemaran ini dikatakan berpunca dari aktiviti perladangan dan kilang kain yang dibina berhampiran sungai.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan adakah Sungai Citarum selamat digunakan selagi tidak ada rasa tanggungjawab dari pihak yang terlibat dalam pencemaran itu.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment