Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 17, 2013

No Comment

Fuzhou – Baru-baru ini, seorang gadis berusia 17 tahun, Xu Jianmei menjadi tumpuan media seluruh negara selepas dia menjadi pesakit terbaru menjalani pembedahan pemindahan seluruh muka.

Kini, berita baiknya ialah muka barunya itu semakin pulih manakala tisu-tisu baru mulai tumbuh.

Xu yang dirawat di sebuah hospital itu juga sudah mampu senyum untuk kali pertama dalam tempoh 12 tahun.

Menurut pakar bedah hospital berkenaan, Jiang Chenghong, keadaan fizikal dan mental Xu juga bertambah baik.

“Kami akan melakukan pembedahan kecil untuk membuang parut-parut terutama di bahagian mulutnya. Ini kerana parut tersebut akan menyebabkan mukanya berasa gatal-gatal.

“Selain itu ia juga akan menjejaskan pergerakan serta ekspresi mukanya , ‘’ kata Jiang.

Xu kehilangan dagu, kelopak mata dan sebahagian besar telingan kanannya selepas terlibat dalam satu kebakaran ketika berusia tujuh tahun.

Dia menjalani pembedahan tersebut pada 14 Oktober lalu dengan menggunakan kulit di bahagian kakinya, yang kemudiannya disimpa di dalam dada Xu sebelum pembedahan dijalankan.

Selepas pembedahan itu, Xu juga menerima rawatan electrotherapy untuk memulihkan parut pada wajahnya dengan cepat.

Xu kini berharap agar dia dapat menyambung semula persekolahannya dan melanjutkan pelajaran ke universiti.

0 comments:

Post a Comment