Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 23, 2013

No Comment

Gambar yang diambil pada minggu lalu jelas kelihatan terdapat kesan luka pada bahagian hidungnya Jack yang mampu meragut nyawanya.

AKTOR kelahiran Australia, Hugh Jackman sedang menjalani rawatan kanser kulit selepas doktor mendapati tanda pada bahagian hidungnya adalah simptom penyakit itu.

BBC melaporkan bintang filem Wolverine itu membuat pengakuan itu pada Khamis di laman sosial Instagram dengan memuat naik gambar wajahnya yang berbalut di bahagian hidung selepas mendapatkan rawatan di hospital.

“Jangan jadi seperti saya. Dapatkan rawatan,” katanya pada keterangan gambar tersebut.

Tambah Jackman, dia telah disahkan menghidap basal cell carcinoma (BCC) yang pada kebiasaannya terjadi apabila seseorang terdedah kepada cahaya matahari.

Situasi tersebut boleh meningkatkan potensi untuk menghidapi kanser kulit sebanyak 75 peratus.

Pernah dicalonkan pada Anugerah Akademi tahun lalu menerusi lakonan cemerlangnya sebagai Jean Valjean dalam filem Les Miserables, Jackman turut memberitahu, isterinya, Deborra Lee Furness yang telah memaksanya membuat pemeriksaan di hospital.

Jackman berkata, dia bernasib baik kerana jika dia tidak mendapatkan rawatan sel tersebut boleh merebak ke bahagian lain dan menyebabkan kematian. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment