Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 16, 2013

No Comment

Joachim Loew meraikan perlawanan ke-100 sebagai jurulatih Jerman dengan pasukannya itu sekadar seri 1-1 dengan musuh lama, Itali pada aksi persahabatan antarabangsa di San Siro, awal pagi tadi.

Jerman berjaya mendahului menerusi Mats Hummels pada minit kelapan tetapi berjaya disamakan Itali menerusi Ignazio Abate pada minit ke-28. Tiada tambahan jaringan pada babak kedua.

Sejak 1995, Jerman masih belum dapat menewaskan Itali.

Sementara itu, pada satu lagi aksi persahabatan antarabangsa di Wembley, England menerima malu besar apabila tewas 0-2 kepada Chile, sekali gus diejek penyokong sendiri sejurus tamat perlawanan.

Penyerang Barcelona, Alexis Sanchez menjadi pemusnah England apabila menjaringkan kedua-dua gol Chile pada minit ketujuh dan minit ke-90.

0 comments:

Post a Comment