Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 22, 2013

No Comment

DI era selebriti Hollywood semakin ghairah menayangkan tubuh tanpa berpakaian mereka demi meraih publisiti daripada orang ramai, masih ada lagi yang mempunyai fikiran normal.

Penyanyi pop, Katy Perry mendedahkan yang dia berasa pelik dengan tingkah laku penyanyi lain yang terlalu kerap berbogel untuk mendapatkan perhatian.

Tanpa menyatakan nama selebriti yang dimaksudkan, ramai yang mengagak ia ditujukan kepada Rihanna dan Miley Cyrus yang kerap muncul di dada akhbar kerana persembahan penuh kontroversi.

Bagaimanapun, Katy menjelaskan dia tidak menujukkannya kepada sesiapa dan ia lebih kepada umum.

“Sesekali anda perlu simpan. Kami tahu anda mempunyai’nya’. Saya pun ada juga,” ujarnya secara berkias.

Tidak dinafikan adakala penyanyi ini juga pernah muncul dengan penampilan separuh bogel untuk sesi fotografi, namun dia masih meletakkan batas untuk tidak tampil bogel secara keterlaluan seperti yang lain.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment