Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 16, 2013

No Comment

Jakarta – Ratusan kongkang (slow loris) dirampas di Jawa, semalam selepas pihak berkuasa mematahkan cubaan menyeludup primat dilindungi itu untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Jurucakap Yayasan Perlindungan Haiwan Antarabangsa Aris Hidayat berkata, 238 kongkang itu dimuatkan dalam kurungan plastik kecil di pelabuhan Merak di barat laut Jawa.

“Haiwan itu diseludup dari hutan Sumatera dan ketika dalam perjalanan ke pusat pemuliharaan enam ekor daripadanya mati kerana bersesak-sesak serta kekurangan makanan ,” katanya.

Pertubuhan itu percaya haiwan yang mempunyai gigitan bertoksik itu baru saja ditangkap dan berharap ia dapat dibebaskan ke habitat semula jadi tidak lama lagi.

Pegawai kerajaan pula berkata, seorang lelaki dinamakan sebagai suspek dan akan didakwa tidak lama lagi. – AFP

0 comments:

Post a Comment