Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 22, 2013

No Comment

SEREMBAN – Mayat seorang wanita, dipercayai mangsa bunuh, ditemui di tepi jalan di Taman Seruling Jaya, Jalan Labu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Zainal Abu berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ.

“Mayat mangsa yang berusia lewat 20-an atau awal 30-an itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 7.30 pagi. Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa yang berseluar pendek dan berbaju-T mungkin berketurunan Cina,” katanya kepada Bernama.

Zainal berkata mayat kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat.

Beliau turut meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment