Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 22, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Majlis Sukan Negara (MSN) akan terus memantau aspek keselamatan di Myanmar sebelum kontinjen negara berangkat ke negara itu menyertai Sukan SEA ke-27, bulan depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zolkples Embong berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Kedutaan Malaysia di Myanmar mengenai cubaan pegeboman ke atas sebuah masjid sebagaimana yang dilaporkan sebuah agensi berita asing.

“Pada masa yang sama, kita akan merujuk kepada pihak Wisma Putra untuk mendapatkan pandangan dan nasihat sebelum kita ambil tindakan yang selanjutnya” katanya.

Zolkples yang ditemui selepas Majlis Anugerah Wanita Dan Sukan MOM 2013 di sini, malam ini, bagaimanapun berharap insiden berkenaan tidak akan menjejaskan pengelolaan temasya sukan dwitahunan berkenaan serta penyertaan atlet negara.

“Ini kerana kita telah membuat persediaan yang begitu rapi dan sekarang mereka (atlet ke Sukan SEA) sedang bersemangat sekali untuk pergi ke sana,” katanya.

Sukan SEA secara rasmi akan bermula 11 hingga 22 Dis ini.

Agensi berita hari ini melaporkan polis Myanmar menahan tiga lelaki dari wilayah Rakhine yang dipercayai merancang serangan bom ke atas sebuah masjid di Yangon, Myanmar pada Khamis.

Dalam pada itu, Zolkples berkata kesemua atlet negara akan menyertai perhimpunan atlet fasa akhir selama lima hari bermula 2 Dis ini sebelum berangkat ke Myanmar.

“Perhimpunan ini akan diadakan di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Bangi dan kemungkinan pada 4 Dis, kita akan mengadakan majlis penyerahan bendera Jalur Gemilang” katanya.

Mengulas mengenai pembawa bendera jalur gemilang ke Sukan SEA, Zolkples berkata perkara berkenaan akan diputuskan oleh MOM dalam tempoh terdekat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment