Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 23, 2013

No Comment

SHAH ALAM – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini berkata beliau optimis hukum Hudud yang diperjuangkan PAS akan dapat dilaksanakan di Kelantan.

Beliau mendakwa hukum Hudud kini mendapat sokongan terbuka daripada pihak yang dahulunya senyap dalam isu ini, termasuk segelintir yang sebelum ini menentang pelaksanaannya.

Orang yang menolak hudud adalah orang yang berfikiran amat singkat tetapi mereka yang berfikir panjang akan meyakininya, kata beliau kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar PAS ke-59 selama tiga hari yang bermula di sini hari ini.

Nik Aziz juga menafikan bahawa undang-undang Hudud di Kelantan meniru Brunei walaupun terdapat seorang rakyat Brunei terlibat dalam penggubalan deraf Undang-undang Hudud di Kelantan.

“Kalau ada kekurangan… tak ada undang-undang di dunia yang lengkap…mesti ada budi bicara hakim… itulah kelebihannya, Insya-Allah berdoalah bersama-sama supaya (Hudud) dapat dilaksanakan (di Kelantan),” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment